BENARKAH AL-QURAN ADALAH DARIPADA TUHAN?

Keajaiban Ilmiah

Kandungan Al-Quran tidak bertentangan dengan sains moden malah menepatinya. Salah satu aspek yang paling luar biasa tentang Al-Quran adalah bahawa ia mengandungi ayat-ayat yang secara tepat menggambarkan fenomena alam dalam pelbagai bidang seperti embriologi, meteorologi, astronomi, geologi dan oseanografi. Para saintis mendapati gambaran serta huraiannya sangat tepat untuk sebuah buku yang berasal dari abad ke-7.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar.”

Surah Fussilat, Ayat 53

Sebenarnya, banyak keajaiban yang disebutkan di dalam Al-Quran hanya mula ditemui baru-baru ini melalui kemajuan peralatan teknologi moden. Telitikan maklumat-maklumat berikut:

  • Al-Quran memberikan penerangan terperinci mengenai perkembangan janin (embrio) manusia. Perincian ini tidak diketahui oleh para saintis hinggalah baru-baru ini.
  • Al-Quran menyatakan bahawa objek astronomi (bintang, planet, bulan dan lain-lain) semuanya terbentuk dari awan debu. Sebelum ini ia tidak diketahui, tapi kini telah menjadi prinsip kosmologi moden yang tidak dapat dipertikaikan.
  • Sains moden telah menemui kewujudan halangan yang membolehkan dua laut bertemu namun mengekalkan suhu, ketumpatan dan kemasinannya sendiri.

Tanda-tanda Tuhan ini dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran lebih daripada 1400 tahun yang lalu.

 Keunikan

Sejak Al-Quran diturunkan, tidak ada seorang pun yang dapat menghasilkan walaupun satu surah seperti Al-Quran, dengan keindahannya, kepetahannya, keagungannya, kebijaksanaannya, ramalannya dan ciri-ciri kesempurnaan yang lainnya.

Orang-orang yang menolak Nabi Muhammad (SAW) gagal menghadapi cabaran ini, walaupun mereka sangat fasih berbahasa Al-Quran. Cabaran ini masih belum terjawab hingga ke hari ini.

“Dan jika meragui (Al-Quran) yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah yang sama dengannya dan ajaklah penolong- penolongmu selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.”

Surah Al-Baqarah, Ayat 23

Tiada Percanggahan

Semasa seseorang menulis, mereka pasti melakukan kesalahan seperti ejaan dan tatabahasa, kenyataan yang bertentangan, fakta yang tidak betul, ketinggalan maklumat, dan lain-lain kesilapan lagi.

Al-Quran tidak mempunyai sebarang percanggahan, sama ada dalam penjelasan saintifik mengenai kitaran air, embriologi, geologi dan kosmologi; fakta dan peristiwa sejarah atau ramalan.

“Sekiranya Al-Quran itu bukan daripada Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan dengannya.”

Surah An-Nisa, Ayat 82

Tidak mungkin Muhammad mengarangnya?

Nabi Muhammad SAW terkenal dalam sejarah sebagai buta huruf; baginda tidak dapat membaca dan menulis. Baginda tidak dididik dalam bidang apa pun, yang dapat menjelaskan ketepatan ilmiah dan sejarah, inikan pula dengan keindahan ayat-ayat Al-Quran. Ketepatan penceritaan sejarah orang-orang terdahulu serta tamadun yang disebut dalam Al-Quran juga terlalu hebat untuk dikarang oleh mana-mana manusia.

“Al-Quran ini tidak mungkin boleh diada-adakan oleh selain daripada Allah…”

Surah Yunus, Ayat 37

Credit to : GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA