AL-QURAN  MANUAL SERBA LENGKAP DALAM PELBAGAI BIDANG KEHIDUPAN MANUSIA

1. Kepentingan Pendidikan dan menuntut Ilmu 

Apa kata Al-Quran?

  • Surah Baqarah (2) ayat 269

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Baqarah 269

  • Surah Az Zumar (39) ayat 9

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

  • Surah Al Mujadalah ayat 11

“…. supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

  • Surah Al-‘Alaq 96: ayat 1

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia, Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

 2. Panduan Ekonomi dan Perniagaan

Ada dalam Al-Quran?

  • Al-Quran, Surah Al Anam (6) ayat 152

“….. Dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil.  Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya. Apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, ….”

  • Al-Quran, Surah Baqarah (2) ayat 282

“…. Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya, dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) ……”

  • Al-Quran, Surah al-Mutaffifin (83) ayat 1-3

“Celakalah bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),1.  Iaitu orang-orang yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka minta dicukupkan, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya.”

3. Panduan Bermasyarakat dan Bernegara (kejiranan, pergaulan pelbagai kaum dan agama, sistem politik, pemerintahan, pertahanan negara)

Ada dalam Al-Quran?

  • Surah An-Nisa’ ayat 36

bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.”

  • Surah Al-Ma’idah ayat 2

bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran…”

4. Panduan Kesihatan, kebersihan dan pemakanan

Ada dalam Al-Quran?

  • Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2) ayat 168

bermaksud: “Wahai manusia! Makanlah dari sumber yang (halal) lagi baik (thoyyib) dari apa yang terdapat di bumi, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

  • Surah Al-A’raaf ayat 31

bermaksud: “Wahai anak-anak Adam pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat atau mengerjakan sembahyang dan makanlah serta minumlah dan janganlah pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”.

  • Surah al-Ma’idah ayat 3

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

5. Panduan Berumahtangga dan Berkeluarga (hubungan antara anak, ibubapa, perkahwinan, perceraian, pewarisan)

Ada dalam Al-Quran?

  • Surah Al-Rum ayat 21

“Di antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah adalah Dia menciptakan pasangan daripada jenismu sendiri supaya (kamu) masing-masing memperoleh ketenteraman daripadanya (pasangan), dan dijadikannya di antara kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

  • Surah An-Nahl ayat 72 

“Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami atau isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu, serta memberimu rezeki dari yang baik.”

Credit : GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA