Tentang

Live Ngaji adalah sebuah platform pembelajaran Al Quran secara dalam talian menerusi aplikasi LIVE NGAJI.

Live Ngaji menyediakan tiga bentuk pembelajaran iaitu:

Iqra

Panduan permulaan untuk membaca Al Quran. Pelajar akan mempelajari asas mengenal huruf-huruf hijaiyyah, mengenal baris-baris serta belajar menyambung ayat secara asas daripada Iqra 1 hingga 6.

Talaqqi

Pelajar akan mempelajari bacaan secara bertalaqqi. iaini tenaga pengajar akan mendengar dan menyemak bacaan serta membetulkan bacaan yang salah.

Tarannum

Pengguna akan mengenal jenis-jenis tarannum dan mempelajari kaedah bacaan Al Quran secara bertarannum (Mujawwad atau Murottal) dengan dibimbing tenaga pengajar yang bertauliah.