Profil Tenaga Pengajar

Hantar Ulasan

Nur Aishah bt Omor, berasal dari Kemaman, Terengganu. Beliau telah mendapat pendidikan menengah di SMA Al-Falah, seterusnya telah melanjutkan pelajaran di Peringkat Asasi di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Islam. Kini, beliau baru sahaja menamatkan pelajaran di Peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mana merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Universiti Malaya. Sekarang beliau menjadi guru mengaji online dan fizikal sementara di beberapa platform. Selain itu, beliau menjadi guru sandaran untuk subjek Bahasa Arab di sekolah rendah. Beliau pernah menyertai pertandingan Tilawah Al-quran Peringkat Sekolah(Daerah) dan juga pernah aktif mewakili pertandingan nasyid di Peringkat Sekolah dan di Institut Pengajian Tinggi.

Tempah Kelas

Video Bacaan