Profil Tenaga Pengajar

Hantar Ulasan

BIODATA RINGKAS:

Ustaz Haji Ahmad Tarmizi Bin Abdul Rahman dilahirkan pada 18 April 1983 di Bukit Tunggal Kuala Nerus Terengganu. Mendapat pendidikan awal di SK Bukit Tunggal, SMK Bukit Tunggal. Ketika di tingkatan 4 beliau bertukar ke Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu yang kini dikenali sebagai Institut Al-Quran Terengganu. Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Darul Quran JAKIM dan berjaya mendapat Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Setelah itu, beliau menyambung pengajian Ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia dan berjaya menperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah, USIM. Selesai pengajian pada tahun 2008, beliau bertugas sebagai Tutor di Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM sehingga tahun 2016. Kini, untuk mengembangkan lagi pengalaman dan sumbangan kepada masyarakat, beliau memilih untuk bergerak secara bebas / Freelance.

PENCAPAIAN/SUMBANGAN:

  • Qari Rancangan My#QuranTime TV Al-Hijrah
  • Juri Geng Ngaji Astro Oasis
  • Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun 2010 & 2016
  • Johan Majlis Tilawah Al-Quran Belia 4B Kebangsaan 2007 & 2008
  • Tempat ke-3 Rancangan Akademi Al-Quran TV9, 2008
  • Pengacara Rancangan Kalamullah, TV3
  • Juri Jemputan Rancangan Tilawah Interaktif, TV1 RTM (2018-Kini)
  • Qari/Moderator Rancangan Halaqah, TV9
  • Juri Tetap Rancangan Realiti Pendakwah Cilik Salam HD, HyppTV TM.
  • Tenaga Pengajar Imam Muda Qaryah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Mursyid Bahagian Tajwid Akademi Al-Quran Musim ke 4 & 5, TV9
  • Imam Tarawikh Jemputan Masjid As Syafaah Singapura, 2008
  • Pegawai Pengiring Lawatan Sheikh Misyari Rashid Al Afaasi ke Singapura & Kuala Lumpur, 2015

Tempah Kelas

Video Bacaan