MENGENAI LIVE NGAJI

Live Ngaji adalah sebuah platform pembelajaran Al Quran secara dalam talian menerusi aplikasi LIVE NGAJI.

Live Ngaji menyediakan tiga bentuk pembelajaran iaitu:

Iqra

Panduan permulaan untuk membaca Al Quran. Pelajar akan mempelajari asas mengenal huruf-huruf hijaiyyah, mengenal baris-baris serta belajar menyambung ayat secara asas daripada Iqra 1 hingga 6.

Talaqqi

Pelajar akan mempelajari bacaan secara bertalaqqi. iaini tenaga pengajar akan mendengar dan menyemak bacaan serta membetulkan bacaan yang salah.

Tarannum

Pengguna akan mengenal jenis-jenis tarannum dan mempelajari kaedah bacaan Al Quran secara bertarannum (Mujawwad atau Murottal) dengan dibimbing tenaga pengajar yang bertauliah.

TENAGA PENGAJAR

Kami mengalu-alukan Ustaz dan Ustazah yang bertauliah untuk menyertai kami di Live Ngaji sebagai tenaga pengajar.

Jika anda berminat untuk menyertai platform Live Ngaji, sila lengkapkan borang yang disediakan berserta rakaman video bacaan Al Quran anda berdurasi dua (2) minit dan kongsikan dengan kami.

SOALAN LAZIM

Aplikasi ini masih dalam pembangunan. InsyaAllah aplikasi ini dijangka akan berada di Appstore dan Play Store sekitar April 2022.

Sudah pasti! Kami sangat mengalu-alukan semua pihak untuk belajar di Live Ngaji. Anda boleh memilih dengan bermula belajar Iqra melalui aplikasi kami. Misi utama kami, sememangnya untuk membantu semua masyarakat tidak kira umur untuk menghayati keindahan Al Quran bersama-sama, Insya Allah.

Aplikasi Live Ngaji versi 1.0 hanya boleh dipaparkan di telefon bimbit dan hanya boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple Store. Untuk pengguna Huawei, Ipad dan sewaktu dengannya, tidak boleh

Kami menggunakan kaedah sesi 1 to 1 dalam aplikasi ini. Untuk kelas lanjutan dengan mana-mana tenaga pengajar, kami cadangkan anda untuk hubungi dan berbincang secara peribadi dengan guru B.

Aplikasi ini memang memerlukan internet yang stabil kerana kami menggunakan sistem pembelajaran secara live video dan audio.

Bagi aplikasi Live Ngaji 1.0, kami hanya menumpukan pengguna di Malaysia sahaja. InsyaAllah, dari masa ke semasa kami akan <em>update</em> mengenai penggunaan aplikasi Live Ngaji di luar Malaysia pula.

Ya sudah tentu boleh. Kami menyediakan platform untuk membantu ustaz dan ustazah di luar sana yang berkelayakan mengajar dan menjana rezeki. Jika anda layak, sila daftar sebagai tenaga pengajar Live Ngaji.

Kami tidak menghadkan umur bagi penggunaan aplikasi ini. Dari segi keselamatan, pihak kami akan pastikan tiada pautan-pautan iklan yang keluar dalam aplikasi ini. Pantauan daripada ibu bapa adalah sangat digalakkan sepanjang penggunaan aplikasi ini.